Friday, November 16, 2007

Trip Mengail di Sangkar Sungai Bunga

Pada hari minggu 11/11/2007, seramai 7 ahli geng-geng mengail (including 2 young trainees) mengadakan trip memancing tempat favourite sangkar kami di Kg. Sg. Bunga.
Nonong dengan tangkapan pertama pagi tersebut dengan seekor eel (sorry, nada betimbang n besukat) hehehe..tapi basar la..



"pinjam sikijap ah" hehehe iski ia migang c thien ah..bukan ia dapat ih.. tapi tukang supply makanan n minuman ni hehe ah tokey ah..











c Panjang showing his kapas-kapas and pila-pilanya. Ia ni suka ngail d pisuk-pisuk ni sorang diri.



Noryusof sama kerapu n anak ketambak nya..alum rangking ihh hehehe..

Andang karak mengail badung pakah c Nunong ani..tiap-tiap kali ngail di sangkar mesti ia dapat ni badung ah..salah baca kali kedia ani..

ehem-ehem.."catch of the day" for c Henry..boi hehe ungah (or Mangrove Jack) 650gm hehehe..tu ampir batu basar dibelakang ah..


Kerapu utk c-Boss..hehehe nelayan gigih ni..














Aksi c-Boss melaha kerapu nya..

Selungsong 900+gm..time hujan makan nya n pakai kirikan ganya tu..kwn ku sorang tu jgn dangki ah boi hehehe..kita membali yang disangkar tu saja..naik rangking c Henry ni ihh..

Nonong lastnya dapat Umpak kuning..kan sekilo jua baratnya..kalau badung jua lagi baik adang tah ngail ah boi..Ani c Thien ni inda abis meminjam ulih orang untuknya begambar saja ni..cubatah ngail sendiri bah tokey hehehe..
"yeeehaaa..aku lapat aku lapat ikan oooo.." hehehe belurih jua ia c Thien ni..tapi kuat angan-angan ni kedia ah..btw tahniah boi kalah jua kawan tani yg sorang tu hehehe..
Henry dengan ketambak nya n g-sidek sama anak languran nya (hehehe basar lagi ulih c Thien ni boi ulih kita ah)..nda heng kita aritu kali hehehe..try next trip ah..

Antara aksi-aksi pada hari tersebut..






Our youngest anglers in training..hehehe














Senyum saja ia c Thien ni udah nya dapat menaikkan languran ah hehe..













Gaya seorang King of Eel @ badung hehehe..















Ayu cara c-Boss tu ngail ihh..macam kan nunggu ikan duyung timbul hahaha..




Booohhh g-sidek ah..ikan putih sapa lagi di tangkapnya tu..perasaan kami nada ia belurih basar catu (pls refer pic diatas) hehe..tani ganya tau tu ah boii..









Macam pelakun cina kung-fu hehe..










"Laju gambar ku ih boii..krg inda kana masukkan dlm website tani.." kalau kan mau bukti belurih kedia tah yg no.1 ni..ah boi ah..inda ja???









Sunday, October 28, 2007

Trip Mengail di Kuala Tutong Pakai Perahu si Ah Chow

Seramai 5 ahli pancing dengan semangat yang berkobar-kobar (ada jua yg gian banar tu la) telah turun memancing di Sungai Tutong pada hari Ahad, 28/10/2007 berbekalkan umpan udang dan cacing dengan menggunakan perahu c Ah Chow (bestfren Sufri).

Ahli-ahli nya ialah c Boss, g-sidek, henry, sufri dan ahli termuda ialah Hisham, 8 tahun (barangkali lah ah, nda ku sure jua hehehe nanti nanya c sufri).

Hensem & ayu kali ah pose c-Boss ah hehehehe..

Lawa pulang perahu c Ah Chow ani, ganyaaaaaaa nada tedapat sauh iatah tepaksa tah kami beikat siring-siring sungai saja. First spot tempat kami memancing ialah dengan beikat arah kayu dekat opening arah Kuala Tutong.

Ahli pertama yang menurunkan kail ialah c Henry (ia ni andang selalu gagas ni hehehe). Selang beberapa minit kami mengail sambil makan kuaci, joran g-sidek telah disambar kuat oleh ikan. Ikan pertama yang dapat dinaikkan ialah UTIK (warghahahahahaha).

Seterusnya kami mengail depan opening sungai Kuala Tutong (beikat arah pancang saja). Di sini kami telah dapat menaikkan 12 ekor Gulama (sikit lagi kawan ku sorang tu kana ucapkan nda belurih hehehe). Catch-of-the-day ialah bila joran c Hisham kana sambar oleh ketambak. Naik rangkingnya tarus.

Kemudian kami pun beredar untuk baik pasal hari kan ribut. Tapi on the way balik atu sampat jua kami mencuba mengail udang galah. Setelah beberapa lama menunggu dan melabuh kail, akhirnya c Sufri berjaya menaikkan satu-satu nya udang galah pada hari itu iaitu sebesar ibu jari kaki (hahahahaha, untuk sapak meggi kari pun nda kerasaan tu kali). Nasib baik lupa menggambar, kalau inda sudah tia ku post disini hehehehe.

Maybe trip seterusnya, insyallah, akan diadakan pada bulan hadapan.

Wednesday, October 24, 2007

Rawatan Ketika Mabuk Laut

BIASANYA, kita kurang berminat untuk memberi pertolongan kepada rakan pancing yang muntah-muntah dalam bot ketika keluar memancing. Alasannya kerana bimbang kita pun turut sama akan muntah.

Sepatutnya menjadi tanggungjawab anda untuk memberi rawatan kepada mereka yang menghadapi situasi berkenaan. Sekurang-kurangnya mengurut tengkuk mangsa supaya muntah keluar lebih lancar supaya lebih cepat lega.

Rakan yang muntah sudah tentu tidak berdaya untuk bangun atau bergerak jika keadaan berlarutan. Langkah pertama, anda harus membantu mereka supaya duduk bersandar dan memicit bahagian tengkuk serta pangkal telinga dengan perlahan-lahan.

Mangsa muntah perlu diberi minum air suam dengan banyak bagi mengelak daripada kering mulut dan perut.Malah jika perlu bancuh air gula bercampur garam bagi menggantikan cecair badannya yang sudah habis keluar bersama muntah. Jika ini dilakukan, mangsa akan lebih cepat segar. Dengan apa cara sekali pun perut mesti diisi. Ini kerana selepas menerima minuman atau makanan ringan, mangsa akan muntah semula. Anda jangan panik kerana ini satu cara rawatan yang perlu lakukan.

Rakan yang muntah perlu direhatkan daripada sebarang aktiviti memancing demi untuk memulihkan kesihatan dan kesegaran tubuhnya. Namun dalam apa jua keadaan, mangsa muntah perlu dikawal kerana ketika memancing dalam bot, kemudahan rawatan adalah terhad. Justeru, anda adalah jururawat dan anda juga doktor ketika itu.

Langkah terbaik, rehatkan mangsa muntah dalam keadaan separuh berbaring di luar kabin atau di tempat terbuka. Kalau boleh di belakang bot. Ini untuk mendapat udara laut yang segar. Tetapi ingat, pastikan mangsa tidak menyedut asap enjin kerana boleh memburukkan keadaan. Mangsa muntah jangan diganggu. Benarkan mereka tidur terus sehingga terjaga sendiri. Insya-Allah mereka yang terbabit itu akan beransur pulih dan dapat meneruskan aktiviti memancing. Tetapi anda tidak perlu memaksa diri mereka untuk melawan pening dan muntah selepas baru pulih.

Monday, October 22, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2007


Salam Aidilfitri dihulurkan,
Sebagai pengganti diri,
Semoga kemaafan diberikan,
Di Aidilfitri yang mulia ini,

Akhirnya 1 Syawal menjelang tiba,
Marilah ia disambut dengan penuh gembira,
Diraikan bersama-sama ahli keluarga,
Tak lupa juga sahabat handai and tak kira sesiapa sahaja.

SELAMAT DATANG KE HALAMAN WEB PENGAIL BRUNEI


Selamat datang diucapkan ke halaman Web Pengail Brunei.
Web ini masih diperingkat permulaan dan sokongan anda semua terutama pengail-pengail Brunei atau dimana saja anda berada adalah sangat-sangat diharapkan.